the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fenomena El Nino: KADA tambah 150 unit pam ‘backward’ atasi masalah bekalan air

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mengambil langkah awal menyediakan 150 unit pam ‘backward’ tambahan tahun ini bagi mengatasi masalah bekalan air yang dijangka berlaku berikutan fenomena El Nino.

Pengerusinya Muhammad Husin berkata kemudahan tersebut akan ditempatkan mengikut keperluan semasa petani membabitkan keseluruhan seluas 26,000 hektar di enam daerah tanaman padi KADA.

“Pada tahun ini kita buat tambahan sebanyak 150 unit pam backward dengan peruntukan berjumlah RM200,000 bagi menambah 86 pam sedia ada.

“Kita sudah menghebahkan kemudahan ini kepada petani, hanya menunggu makluman kawasan mana yang terjejas atau memerlukan pam backward untuk kita hantar,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Amanat Tahun Baharu Pengerusi KADA di Ibu Pejabat KADA di sini hari ini yang turut dihadiri Pengurus Besarnya Mohd Faizul Mustafa.

Menurut Muhammad KADA turut menerima peruntukan berjumlah RM500,000 daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi menyediakan kira-kira 100 unit telaga tiub bagi kawasan KADA yang masih sesuai menggunakan kaedah itu.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata meskipun KADA merupakan kawasan jelapang padi negara kedua terbesar, hasil tanamannya masih ketinggalan iaitu purata 4.1 tan metrik sehektar berbanding jelapang barat laut Selangor dengan 4.32 tan metrik, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (4.24 tan metrik) dan Pulau Pinang (5.05 tan metrik).

Menurutnya antara faktor penyumbang kepada prestasi hasil pengeluaran padi rendah di KADA ialah ketiadaan sistem pengairan yang sistematik.

“KADA pada masa ini tidak mempunyai empangan untuk menampung atau menyimpan bekalan air berbanding jelapang lain yang mempunyai empangan tersendiri bagi sistem pengairan mereka,“ katanya.

Selain itu, katanya KADA juga berhadapan dengan penyusutan kawasan jelapang berikutan pembangunan komersial dan perumahan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img