the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, October 11, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Festival Sastera dan Seni Kanak-Kanak realisasi hasrat Perak sejahtera 2030

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

IPOH: Penganjuran Festival Sastera dan Seni Kanak-Kanak Negeri Perak dilihat dapat merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Perak menerusi 18 Flagship Perak Sejahtera 2030 iaitu Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) Rafidah Abdul Aziz berkata festival itu relevan dengan penglibatan golongan sasar iaitu remaja dan kanak-kanak yang sangat penting dalam membina komuniti mampan dan sejahtera ke arah pembelajaran sepanjang hayat bagi mencapai matlamat Perak Makmur, Rakyat Sejahtera.

“Di samping itu, penganjuran pesta buku ini mampu meningkatkan amalan budaya membaca dalam kalangan generasi muda terutamanya kanak-kanak. Golongan remaja dan kanak-kanak yang berkunjung ke pesta buku ini secara tidak langsung menyemarakkan lagi kegunaan perpustakaan untuk mereka memperoleh ilmu pengetahuan,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Festival Sastera dan Seni Kanak-Kanak Negeri Perak yang dirasmikan isteri Menteri Besar Perak Datin Seri Aezer Zubin di pekarangan PPANPk di sini hari ini.

Festival julung kali diadakan itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini yang menyediakan 44 aktiviti menarik termasuk persembahan teater kanak-kanak, sesi bercerita, pameran dan bengkel robotik, zoo haiwan jinak, permainan interaktif, jualan buku dan cabutan bertuah, selain pelbagai pertandingan seperti bicara berirama. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cristiano Ronaldo provisionally suspended after Portugal walkout

Cristiano Ronaldo has been provisionally suspended as the Portuguese football federation announced Saturday that it had opened disciplinary proceedings against the 41-year-old following his decision to walk out on the national team.

Big Apple Donuts & Coffee Opens Its 100th Store in Malaysia, Celebrates With RM1...

PUCHONG, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 10 October 2026 – Big Apple Donuts & Coffee, the donut and coffee brand born and grown in Malaysia, today opened its 100th store in Malaysia at IOI Mall Puchong, marking a major milestone in its 19-year journey.

Most Viewed

spot_img