BEIJING: Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud menggegarkan kawasan 289 kilometer (km) ke arah selatan Ushuaia, Argentina pada Sabtu.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu berlaku pada 1106 GMT, lapor Xinhua.
Pusat gempa bumi dengan kedalaman 10.0 km itu pada awalnya ditentukan pada 57.25 darjah latitud selatan dan 66.70 darjah longitud barat.