Sunday, November 9, 2025
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Generasi muda perlu seimbangkan kecemerlangan ilmu dengan keperibadian baik – Raja Perlis

KANGAR: Generasi muda perlu menyeimbangkan kecemerlangan ilmu dengan keperibadian baik supaya mampu menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah untuk itu pembinaan akhlak baik merupakan aspek penting bagi memupuk jati diri dalam kalangan pelajar bagi melengkapkan modal insan berkualiti dalam diri mereka.

“Saya berharap pembinaan akhlak yang baik perlulah diterapkan dengan gandingan bersama antara ibu bapa dan pihak sekolah.

“Pesanan ini juga saya tujukan kepada para pelajar di depan saya, teruskanlah berusaha menimba ilmu dan pengalaman, agar suatu hari nanti menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara,” titah baginda ketika berkenan merasmikan Hari Anugerah Cemerlang dan Hari Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma sesi akademik 2025 di sini hari ini.

Sementara itu, Tuanku Syed Sirajuddin bertitah pelajar perlu sentiasa mempunyai rasa ingin tahu dan berusaha menimba ilmu dengan banyak bertanya serta mencari jawapan sebagai sebahagian proses mengasah pemikiran kritis.

“Fikiran kita mesti sentiasa bertanya apa, siapa, bila dan pelbagai soalan. Jangan hanya melihat dan menerima sahaja. Setiap soalan pasti ada jawapan, dan untuk mendapat jawapan itu kita mesti bertanya,” titah baginda.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Saudi Arabia to host 2026 Asian Road Cycling Championships in Qassim

The Asian Cycling Confederation (ACC) and the Saudi Cycling Federation have officially signed the Host City Agreement for the 2026 Asian Road Cycling Championships, marking a major milestone for the sport in Saudi Arabia. The signing ceremony took place in Riyadh, led by ACC President Dato’ Amarjit Singh Gill and Saudi Cycling Federation President Abdul Aziz bin Ali Al-Shahrani. Qassim City has been confirmed as the official host for the event, which will be held from 5–13 February 2026.
spot_img

Popular Categories