the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hadkan pembelian diesel subsidi tidak berlaku di seluruh Sabah – Armizan

PAPAR: Situasi mengehadkan pembelian diesel bersubsidi bagi mengelak kehabisan bekalan baru-baru ini tidak berlaku di seluruh Sabah, sebaliknya hanya melibatkan stesen minyak di daerah dan syarikat minyak tertentu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata permintaan tinggi terutama semasa musim perayaan dan cuti sekolah merupakan antara faktor stesen minyak terbabit terpaksa berbuat demikian bagi memastikan semua rakyat memperoleh bekalan diesel.

Beliau berkata pihak kementerian melakukan semakan terhadap syarikat minyak berkaitan semalam dan dimaklumkan syarikat itu tidak memerlukan penambahan kuota diesel bersubsidi pada masa ini bagi memenuhi permintaan kerana bekalan sedang dihantar ke stesen minyak terlibat.

“Ada syarikat minyak yang menunggu kelulusan (terima bekalan diesel bersubsidi dalam kuota) mereka terpaksa hadkan pembelian supaya tidak terputus bekalan. Selain itu, keperluan (diesel) setahun itu untuk 2022 dan tahun ini di Sabah dan Sarawak semakin meningkat.

“Tetapi kita tidak nafikan ada penyelewengan dan penyeludupan. Pihak tidak bertanggungjawab pergi ke stesen minyak berkali-kali atau lokasi berlainan beli diesel ini melebihi kuota untuk mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Fun Hike Keluarga Samat di Bukit Bendera di sini hari ini.

Armizan berkata selain subsidi bersasar, kementeriannya akan melaksanakan penguatkuasaan lebih tegas dan menyeluruh tahun depan.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah antaranya ADUN Elopura Calvin Chong dan ADUN Tanjung Aru Datuk Junz Wong kedua-duanya daripada Parti Warisan mendakwa tindakan stesen minyak mengehadkan jualan diesel bersubsidi menimbulkan masalah kepada rakyat.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Striding AI Announces Plans to Develop Next-Generation Robotic Foundation Systems for Physical AI Deployment

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Striding AI today announced that it is developing a new generation of robotic foundation systems designed to accelerate the deployment of Physical AI in real-world environments.

Impossible Marketing Unveils ImpossiblePlus™ AI SEO Solution for Singapore Businesses

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Impossible Marketing, Singapore's leading SEO agency and pioneer of AI SEO, has announced the launch of ImpossiblePlus™ — a proprietary AI visibility platform built to help businesses track how their brand is being recommended, cited, and positioned across AI-powered search engines.

Persona5: The Phantom X Version 4.4 Launches with Global Hatsune Miku Collaboration and 1st...

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Persona5: The Phantom X (P5X) is set to launch its Version 4.4 update today (June 25, 2026), bringing a global collaboration with Hatsune Miku alongside the game's 1st Anniversary Celebration in Southeast Asia.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings