the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
27.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hampir 800,000 telah berdaftar dengan PADU setakat semalam – DOSM

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) terus mendapat sambutan yang baik apabila seramai 798,528 individu telah berjaya mendaftar dengan sistem berkenaan setakat semalam.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi hantaran di X hari ini menyatakan Selangor, Johor dan Sarawak menjadi negeri paling ramai setakat ini yang mendaftar dengan PADU.

Menurut statistik dikongsikan dalam infografik DOSM, seramai 182,943 individu telah mendaftar dengan PADU di Selangor, diikuti Johor (85,975) dan Sarawak (72,775).

Pendaftaran PADU dibuka kepada orang ramai bermula 2 Jan lepas hingga 31 Mac ini dengan pengguna boleh mengemas kini dan mengesahkan butiran peribadi termasuk nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat kediaman.

Ia bertujuan meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber, terutama pengagihan subsidi dan bantuan kerajaan yang lebih bersasar kepada rakyat yang benar-benar layak.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings