the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu air di Pulau Pinang: Kenyataan Sanusi bersifat hasutan, perkauman – Fahmi

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengenai isu air di Pulau Pinang adalah bersifat hasutan dan berbaur perkauman.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata Muhammad Sanusi sering kali tidak bercakap dengan fakta dan berbohong.

“Buka mulut ja bohong. Ini sikap yang sangat tidak baik bagi seorang Menteri Besar,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Pada pelancaran jentera Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Sabtu lepas, Muhammad Sanusi mendakwa masalah air di kawasan itu belum selesai kerana berlaku diskriminasi oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Kenapa di kawasan ini tiada air tetapi di Tanjung ada air? Ini kawasan Tok Lebai (penyokong PAS),” katanya seperti dilaporkan media.

Fahmi juga berkata Muhammad Sanusi tidak bercakap berdasarkan fakta dan merujuk fakta mengenai kemenangan Ahli Parlimen Nibong Tebal Fadhlina Sidek sebagai contoh.

“Di atas pentas, beliau boleh kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek telah menang dengan 100 undi tetapi carian dalam Google boleh menunjukkan dengan pantas bahawa kemenangan Fadhlina Sidek adalah dengan majoriti 16,000 undi.

“Jadi kalau dalam perkara asas pun beliau gagal apatah lagi dalam menguruskan pentadbiran kerajaan negeri… beliau juga banyak mengumumkan projek-projek swasta dan bila projek ini tidak berjalan, beliau berkata ini bukan masalah beliau. Beliau adalah seorang yang amat bermasalah,” katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi peringatan kepada semua anggota Kabinet supaya memastikan tidak berlaku sebarang pelanggaran peraturan pada PRK DUN Sungai Bakap.

Beliau berkata perkara itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“PM ada beri peringatan kepada semua ahli Jemaah Menteri supaya memastikan sewaktu PRK ini tidak berlaku apa-apa pelanggaran undang-undang atau peraturan pilihan raya,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 6 Julai ini sebagai hari mengundi bagi PRK DUN Sungai Bakap dan 22 Jun sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal ditetapkan pada 2 Julai.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Pada PRN lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Doubleview Provides Hat Project Development Update as Ongoing Drilling Supports Next Mineral Resource Estimate...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 29, 2026 - Doubleview Gold Corp. (TSXV: DBG) (OTCQB: DBLVF) (FSE: 1D4) ("Doubleview" or the "Company") is pleased to provide an update on ongoing technical and development work at its 100%-owned Hat Project in northwestern British Columbia.

Prudential and South East CDC launch programme to help 3,000 children learn money management...

With rising temperatures and dengue risks becoming a growing concern in Singapore, Prudential Singapore ("Prudential"), in partnership with South East Community Development Council ("South East CDC"), has launched Get Fit! Get Lit! (GFGL).

Siam Paragon creates a world-class horological benchmark with “Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026”

Siam Paragon, a 'global luxury destination' and a top-of-mind destination recognized by both locals and international visitors worldwide, is set to once again captivate the international watch community with the return of "Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings