the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu gangguan bekalan air, letrik di labuan berkurangan – Dr Zaliha

LABUAN: Dalam tempoh empat bulan yang pertama tahun ini, aduan gangguan bekalan air di pulau bebas cukai di sini telah pun berkurangan sebanyak 36 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata namun begitu, perlu ada penambahbaikan yang berterusan bagi memastikan penduduk Labuan terus menikmati kemudahan asas ini dengan lebih baik.

Beliau berkata sebagai alternatif jangka pendek, pada suku pertama tahun ini, Kerajaan Persekutuan telah mengedarkan 1,000 unit tangki air yang dibekalkan kepada 1,000 unit rumah yang sering terkesan dengan gangguan bekalan air untuk menampung keperluan sekiranya berlaku gangguan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang meluluskan peruntukan sebanyak RM300 juta pada tahun lepas untuk mengatasi isu bekalan air di Labuan.

“Alhamdulillah, sekarang ini kerja-kerja menaik taraf sedang giat dijalankan…Insya-Allah, projek menaik taraf dan mengganti paip sedia ada sepanjang 35 kilometer yang akan mengurangkan risiko gangguan bekalan air ini akan siap selewat-lewatnya pada suku kedua tahun ini,” katanya pada Majlis Santai Mesra Perdana Menteri Bersama Komuniti Labuan hari ini.

Dr Zaliha berkata pengurusan bekalan air di Labuan mengalami masalah antaranya disebabkan 64 peratus daripada paip sedia ada telah usang dan berusia lebih daripada 30 tahun.

“Sehubungan itu, empat isu utama yang diberi perhatian oleh pihak Kerajaan Persekutuan adalah membaik pulih aset-aset usang, menyediakan sistem penyimpanan air dan memastikan sumber bekalan air mentah mencukupi untuk kegunaan rakyat Labuan,” katanya.

Menurut beliau, bagi isu bekalan elektrik pula, secara puratanya Labuan memerlukan kapasiti elektrik dari 55 hingga 80 megawatt (MW) sehari.

“Alhamdulillah, sebanyak dua ladang solar telah siap dibangunkan untuk meningkatkan lagi keupayaan pembekalan elektrik di Labuan iaitu Ladang Solar Tanjung Kubong yang berkapasiti 5 MW dan Ladang Solar Bukit Kalam yang berkapasiti 10 MW.

“Hasil tinjauan yang dilaksanakan, selama empat bulan terkebelakang, berlaku pengurangan gangguan bekalan elektrik sebanyak lima peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas,” katanya.

Dr Zaliha berkata bagi penyelesaian jangka panjang, Perdana Menteri telah mengumumkan pembinaan stesen janakuasa baharu menggantikan stesen janakuasa sedia ada di Patau-Patau dengan kapasiti penjanaan bekalan elektrik 100 hingga 130 MW.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MASA Singapore 2026 Presents Indonesia’s Creative Movement Across Takashimaya Square and Gardens by the...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - MASA Singapore 2026, a multidisciplinary cultural movement celebrating Indonesia's contemporary creative movement, will take place from 2 July to 10 August 2026 across Takashimaya Square and Gardens by the Bay in Singapore.

The 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum Successfully Held in Zhongshan, Guangdong

ZHONGSHAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - As 2026 marks the 160th anniversary of the birth of Dr. Sun Yat-sen, the 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum was held in Zhongshan, Guangdong Province—the hometown of the great pioneer—from June 27 to 29 under the theme "Carrying Forward Dr. Sun Yat-sen's Spirit of Endeavor and Working Together for the Great Rejuvenation of the Chinese Nation".

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings