the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu perumahan, kekuatan Umno, peluang pekerjaan fokus perbahasan perwakilan

KUALA LUMPUR: Isu perumahan, usaha memulihkan semula kekuatan UMNO dan peluang pekerjaan mendominasi sesi perbahasan oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2023.

Para perwakilan pada perhimpunan yang bermula sejak Rabu lepas itu menggesa kepimpinan UMNO untuk melakukan tindakan tuntas mengembalikan semula kekuatan parti dan menjadikan UMNO kembali menjuarai isu rakyat, khususnya orang Melayu.

Perwakilan daripada Pemuda UMNO Mohd Kurniawan Naim Moktar di dalam perbahasannya menyeru pimpinan parti yang berada di dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan supaya menyelesaikan isu pemilikan dan penyewaan rumah yang semakin membelenggu rakyat.

Beliau berkata kerajaan pada hari ini perlu memperkenalkan inisiatif baharu serta lebih baik bagi menggantikan skim sifar deposit yang dilaksanakan pada zaman Barisan Nasional (BN) namun telah dimansuhkan.

“Begitu juga dengan sewa rumah, bukan semua orang boleh beli rumah. Di negara kita ini, sewa rumah boleh dinaikkan sesuka hati oleh tuan rumah. Tidak ada yang memantau dan membela nasib penyewa-penyewa rumah,” katanya.

Justeru Bendahari Pemuda UMNO Pusat yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan itu mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan peraturan kenaikan siling kadar sewa rumah di negara ini bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“Permasalahan akar umbi ini akan dirangkum dan dikumpul dan diserah kepada pimpinan untuk tindakan lanjut. Pemuda meletakkan harapan kepada menteri dan timbalan menteri UMNO untuk menyelesaikan masalah rakyat ini,” katanya.

Perwakilan dari Johor Noor Azleen Ambrose pula berkata cabaran yang perlu dihadapi UMMO ketika ini adalah untuk menguruskan bangsa Melayu yang sifatnya semakin moden, terbuka, islamik dan juga maju pemikirannya.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang itu berkata UMNO perlu memperbaharui kefahamannya tentang erti agenda Melayu di samping melakukan pembaharuan secara berterusan dan konsisten kerana hakikatnya kini parti itu lebih memerlukan orang Melayu berbanding orang Melayu memerlukan UMNO.

“Hakikat dan realiti, UMNO tidak mungkin akan terus hidup jika terus ditolak oleh sebahagian besar orang Melayu. Kita akan mati kalau kita gagal dapat sokongan orang Melayu… Agenda Melayu bukan lagi bererti menjadi suara paling lantang, bukan memainkan isu perkauman, bukan menjadi populis dan jaguh jalanan semata-mata.

“Dengan segala kekuatan dan perkakasan yang dikuasai UMNO dalam kerajaan, tidak ada sebab untuk UMNO gagal menjuarai orang Melayu,” katanya.

Sementara itu Ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai Nooryana Najwa Mohd Najib pula mencadangkan Kerajaan Perpaduan supaya fokus kepada penciptaan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi untuk manfaat golongan muda.

Beliau yang berucap mewakili Puteri UMNO berkata kerajaan seharusnya melabur di dalam projek yang boleh membawa pulangan besar serta mampu menghasilkan limpahan ekonomi kepada negara.

“Di samping itu, sektor swasta dan sektor awam haruslah berganding bahu dalam merapatkan jurang ilmu dan kemahiran para graduan dalam usaha memenuhi keperluan industri.

“Kita tidak mahu melihat anak-anak muda kita hanya ‘marketable’ di Malaysia sahaja, tetapi (juga) boleh menjadi pemain global bertaraf antarabangsa,” katanya. -BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Striding AI Announces Plans to Develop Next-Generation Robotic Foundation Systems for Physical AI Deployment

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Striding AI today announced that it is developing a new generation of robotic foundation systems designed to accelerate the deployment of Physical AI in real-world environments.

Impossible Marketing Unveils ImpossiblePlus™ AI SEO Solution for Singapore Businesses

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Impossible Marketing, Singapore's leading SEO agency and pioneer of AI SEO, has announced the launch of ImpossiblePlus™ — a proprietary AI visibility platform built to help businesses track how their brand is being recommended, cited, and positioned across AI-powered search engines.

Persona5: The Phantom X Version 4.4 Launches with Global Hatsune Miku Collaboration and 1st...

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Persona5: The Phantom X (P5X) is set to launch its Version 4.4 update today (June 25, 2026), bringing a global collaboration with Hatsune Miku alongside the game's 1st Anniversary Celebration in Southeast Asia.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings