the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jualan Rahmah bantu rakyat buat persediaan sambut puasa

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KOTA BHARU: Program Jualan Rahmah yang diadakan sepanjang bulan ini, memberi peluang kepada rakyat membeli barangan asas pada harga subsidi, sebagai persediaan menyambut kedatangan Ramadan.

Rata-rata pembeli yang ditemui memberitahu, Jualan Rahmah menjadi platform yang membantu menjimatkan perbelanjaan golongan B40.

Seorang pengunjung Aizan Mohamad, 51, berkata beliau mengambil kesempatan berbelanja di gerai Jualan Rahmah hari ini, bagi membeli barangan keperluan asas persediaan menyambut bulan puasa.

“Harga yang ditawarkan di program ini sangat berbaloi dan tidak akan diperolehi di tempat lain. Hari ini saya berbelanja lebih sikit untuk membeli barangan dapur, bagi stok bulan puasa.

“Gerai yang disediakan kali ini juga lebih banyak melalui penglibatan banyak agensi lain, memberi lebih banyak pilihan barangan kepada pembeli,” katanya kepada Bernama di Karnival Mini Madani yang diadakan di perkarangan Flat Buluh Kubu, di sini hari ini.

Karnival Mini Madani itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim.

Seorang warga emas, Che Sanah Mustapa, 74, berkata langkah kerajaan menyediakan program jualan itu membantu meringankan golongan sepertinya menguruskan perbelanjaan.

“Seperti mana kita tahu, tidak lama lagi kita akan berpuasa dan keperluan barangan dapur biasanya meningkat sekali ganda. Jualan Rahmah ini bukan hanya memudahkan saya membuat persediaan, malah ia juga lebih menjimatkan.

“Misalnya bawang merah boleh dibeli pada harga RM6.50 sekilogram berbanding RM10 di tempat lain. Saya mengambil peluang membeli stok barangan kering yang boleh disimpan untuk kegunaan bulan puasa nanti,” katanya yang tinggal bersama tiga anak dan tiga cucunya di Kampung Salor di sini.

Dalam pada itu Dr Hafidzah berkata kerjasama yang diadakan dengan beberapa agensi lain termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam menjaya program itu, memberi lebih banyak pilihan kepada pembeli.

Beliau berkata kerjasama tersebut juga mewujudkan kebersamaan dan komitmen semua agensi kerajaan, dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img