the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KDN terima maklum balas baik berkaitan penggunaan kamera badan

JASIN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima maklum balas baik berhubung projek rintis penggunaan kamera badan terhadap sebilangan pegawai dan anggota dalam pasukan keselamatan itu.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau sempat berinteraksi dengan beberapa anggota polis trafik yang terbabit dengan projek rintis berkenaan dan maklum balas diterima adalah positif.

“… mereka kali ini tampil dengan lebih yakin dalam menjalankan tugas … mereka tak lihat aspek (pemakaian kamera badan) tugas mereka diawasi.

“Mereka kali ini lebih yakin kerana itu akan menambahkan kecekapan menjalankan tugas, meningkatkan elemen kewibawaan pasukan polis, itu akan jauhi daripada kadang-kadang potensi masyarakat melihat penugasan polis (dan) diberikan gambaran (negatif membabitkan aspek integriti),“ katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pentauliahan Briged RELA Siswa Siswi (Relasis) 2024 yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Datuk Yahya Sulaiman di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, sebanyak 224 pelatih Relasis daripada 16 Universiti Awam (UA) ditauliahkan sebagai Pegawai Sukarelawan Muda berpangkat Penolong Penguasa Kanan RELA (PPgKR).

Saifuddin berkata KDN ketika ini memberikan perhatian penggunaan kamera badan itu kepada pegawai dan anggota polis yang mempunyai interaksi secara langsung dengan masyarakat sebelum diperluaskan ke unit serta jabatan lain.

Mengulas mengenai RELA, Saifuddin berkata beliau mahu agensi itu melaksanakan penugasan lebih agresif dan tidak hanya tertumpu kepada khidmat masyarakat seperti penyuraian trafik semata-mata.

“Saya nak tengok aspek (penugasan) yang lebih tinggi, misalnya penugasan yang lebih meluas di kawasan larangan ataupun kawasan yang melibatkan elemen kawalan sempadan seperti sekatan jalan raya bersekali dengan polis dan tentera.

“Kalau yang kita nak sediakan (RELA dalam) perluasan penugasan, tak boleh dengan keupayaan yang biasa sekarang, jadi itu akan ditentukan oleh kepimpinan RELA,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings