the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kematian banduan di Penjara Sungai Buloh tiada unsur jenayah – Polis

KUALA LUMPUR: Kematian seorang banduan lelaki berusia 37 tahun di Penjara Sungai Buloh, Ahad lepas, didapati tidak mempunyai unsur jenayah, kata Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor.

Beliau berkata keputusan itu berdasarkan hasil bedah siasat dilakukan pihak Hospital Sungai Buloh, semalam.

Lelaki berkenaan, katanya telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh selepas didapati tidak sedarkan diri semasa dirawat di klinik penjara.

“Pada 10.25 malam (Ahad), petugas Hospital Sungai Buloh mengesahkan bahawa banduan itu telah meninggal dunia.

“Hasil bedah siasat pada 6 petang semalam, pihak hospital mendapati tiada unsur jenayah yang menyebabkan kematian dan kes disiasat di bawah Sudden Death Report (SDR) atau mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hafiz berkata laporan kematian diterima pada 10.43 malam daripada warden penjara berkenaan.

Beliau berkata bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan sekiranya terdapat sebarang unsur jenayah lain yang dilaporkan.

“Hasil bedah siasat diputuskan sebagai menunggu laporan lengkap makmal dan sampel darah telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings