the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Keputusan j/kuasa fatwa negeri mengenai GISBH disembah maklum kepada Sultan Selangor esok

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah akan disembah maklum berhubung keputusan yang telah dicapai mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengenai GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), esok.

Perkara itu dimaklumkan Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah kepada pemberita di sini hari ini.

“Keputusan (berhubung GISBH) sudah dibuat dalam mesyuarat (semalam) dan kita akan bawa menghadap kepada Sultan Selangor esok sebelum ia diwartakan,” katanya.

Isnin lepas, Jabatan Mufti Negeri Selangor telah bersidang bagi memutuskan persoalan berkaitan GISBH di negeri itu, selain mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) turut dibentangkan laporan berkaitan GISBH oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 24 Sept lepas.

Pada 20 Sept, Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita dengan berita berkaitan siasatan pihak polis terhadap kegiatan jenayah oleh GISBH dan rangkaiannya.

Sehubungan dengan itu, baginda bertitah semua rumah amal dan sekolah Islam di bawah kawalan GISBH dan rangkaiannya yang tidak berdaftar atau disyaki terlibat dengan kegiatan jenayah termasuk jenayah syariah, diarahkan tutup dengan segera dan tidak dibenarkan beroperasi di Selangor.

Ia sebagai langkah pencegahan bagi mengelak kanak-kanak yang terlibat daripada terus dianiaya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings