the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
33.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Keputusan tidak kosongkan kerusi dibuat selepas semua perkara dikaji – Johari

KUALA LUMPUR: Keputusan tidak mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen bekas ahli Bersatu dibuat selepas semua perkara dikaji, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Ketika memberikan petua mengenainya di Dewan Rakyat hari ini, beliau menegaskan untuk kekal dengan keputusan itu yang telah dimaklumkan melalui surat kepada Ketua Whip Bersatu yang juga Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee bertarikh 9 Julai lepas.

“Saya sebut saya bukan posmen. Bila saya menerima apa juga diberikan kepada saya…saya akan memastikan saya kaji semua sekali.

“Saya baca kenyataan-kenyataan dalam pembinaan pindaan yang dibuat tentang Perkara 49 (Perlembagaan Persekutuan) itu. Saya ambil keputusan, keputusannya kekal seperti yang telah saya maklumkan kepada Beluran bahawa kekosongan tidak berlaku,“ katanya.

Melalui surat kepada Ronald mengenai keputusan terhadap notis pemakluman kekosongan kerusi lima Ahli Parlimen Bersatu, Johari memaklumkan Perlembagaan Bersatu telah menafikan hak lima Ahli Parlimen itu sebagaimana termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat serta Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

— LAGI

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong hosts Lions International Convention for the third time

The Hong Kong Tourism Board is proud to support the 108th Lions International Convention 2026 in Hong Kong. Having previously hosted the convention in 1992 and 2005, Hong Kong has once again been chosen by Lions Clubs International as the venue for its flagship event, attracting around 17,000 delegates from across the globe.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings