the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan kaji perluas SKSSR kepada suri rumah ‘lelaki’: Saravanan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji langkah untuk memperluas aspek perlindungan dalam pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) kepada suri rumah ‘lelaki,’ kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Beliau berkata bagaimanapun, kerajaan perlu mengenal pasti jumlah sebenar lelaki di negara ini yang menjadi suri rumah.

“Perkara ini telah pun dibangkitkan dalam Jemaah Menteri. Kalau ikutkan budaya di Malaysia, majoriti lelaki adalah golongan bekerja,” katanya pada sidang media di Wisma Pembangunan Sumber Manusia Berhad di sini hari ini.

Saravanan berkata sekiranya keperluan selepas kajian mendesak maka SKSSR seperti dalam Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 akan diperluas kepada kaum bapa.

Katanya buat masa ini, SKSSR akan memberi keutamaan kepada golongan wanita yang bergelar suri rumah terlebih dahulu apabila ia berkuat kuasa pada 1 Dis 2022.

Rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Negara pada 9 Ogos lepas bagi melaksanakan SKSSR membabitkan sejumlah 150,000 wanita yang berdaftar di bawah i-Suri dengan kerajaan membuat caruman untuk mereka.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata SKSSR adalah secara sukarela dan para suami tidak wajib mencarum untuk isteri masing-masing serta tiada tindakan akan diambil terhadap suami yang gagal berbuat demikian.

Bagaimanapun, beliau berkata suami boleh didenda tidak melebihi RM10,000 jika mereka sudah mula membayar caruman tetapi gagal meneruskannya.

Katanya suami terbabit boleh berbincang atau membuat permohonan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) jika berdepan masalah dalam pembayaran caruman agar tidak dikenakan denda.

Menyentuh mengenai pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) yang meningkatkan gaji siling daripada RM4,000 kepada RM5,000 sebulan untuk mencarum di bawah skim itu, Saravanan berkata ia akan berkuat kuasa pada 1 Sept depan.

Beliau berkata pindaan dalam Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan meningkatkan faedah yang diterima oleh pekerja selain menambah baik liputan keselamatan sosial.

“Caruman Perkeso tidak berubah sejak 1971. Maka dengan kenaikan caruman ini, pekerja juga dapat faedah yang lebih tinggi,” katanya.

Saravanan juga berkata jumlah maksimum caruman oleh pekerja ialah RM7 dan minimum RM0.70.

Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2022 diluluskan oleh Dewan Negara pada 9 Ogos lepas melibatkan tiga pindaan terhadap peruntukan sedia ada termasuk Jadual Kedua Perenggan 2 (kadar caruman jenis pertama dan kedua) serta Jadual Ketiga Perenggan 8 (kadar faedah merangkumi Elaun Mencari Pekerjaan, kadar Elaun Bekerja Semula Awal, kadar Elaun Pendapatan Berkurangan, Elaun Latihan dan Fi Latihan). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Hongkong Land Recognised as Global Leader in Sustainability Industry Rankings

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hongkong Land Holdings Limited ("Hongkong Land" or the "Company") has been recognised as a global leader in sustainability, achieving top-tier results in the latest ESG industry rankings.

Hong Kong’s AI Adoption Outpaces Organizational Change, Microsoft Work Trend Index 2026 Finds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hong Kong employees are moving faster than their organizations when it comes to using AI, creating a growing gap between AI adoption and how work is actually designed, according to Microsoft's 2026 Work Trend Index.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings