the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan Pusat sedia bantu masjid, surau terjejas banjir

JERANTUT: Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbangkan bantuan kepada masjid dan surau yang terjejas banjir, walaupun institusi berkenaan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pihaknya sedia menyalurkan bantuan jika terdapat permohonan diajukan menerusi sahabat agensi di bawah kementerian itu.

“Kita sebenarnya tiada peruntukan khusus berkaitan bantuan musibah ini, cuma ada sesetengah agensi agama seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang ada peruntukan diberikan kerajaan.

“…ada bahagian tertentu pada peruntukan itu untuk bantuan kepada mereka yang terkesan jika berlaku kecemasan, musibah atau sebagainya,“ katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Pahang di Masjid Tengku Mahkota Abdullah di sini hari ini.

Pengagihan bantuan itu melibatkan 29 ketua isi rumah (KIR) di Jerantut dan 125 di Raub dengan masing-masing menerima sumbangan wang tunai serta barangan seperti keperluan dapur dan kit solat.

Banjir di Pahang bermula pada 24 Dis lepas melibatkan daerah Jerantut disusuli Raub, Lipis, Kuantan, Temerloh, Maran dan Bera, yang secara kumulatifnya melibatkan 1,078 mangsa daripada 273 KIR, namun bencana itu semakin pulih dengan hanya lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Maran, Bera dan Temerloh masih beroperasi tengah hari ini.

Selain Pahang, negeri lain yang terjejas banjir ialah Kelantan, Terengganu, Johor dan Sabah.

Dalam perkembangan lain, Mohd Na’im menasihatkan orang ramai peka dan berwaspada dalam memilih agensi pelancongan bagi tujuan umrah tidak menjadi mangsa penipuan umrah.

“Dapatkan maklumat jelas daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk lihat agensi pelancongan yang sudah disenaraihitamkan. MOTAC mengambil tindakan sewajarnya apabila terdapat aduan (penipuan) dikemukakan.

“Untuk urusan haji, semakan boleh dibuat dengan Tabung Haji kerana kita mengeluarkan sijil untuk menguruskan haji kepada mereka yang layak. Pastikan sijil mereka masih sah dan mohon semua untuk peka supaya tidak tertipu dengan mereka yang tidak bertanggungjawab,“ katanya.

Mohd Na’im berkata mereka yang menjadi mangsa penipuan juga dinasihatkan membuat aduan rasmi di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya tindakan selanjutnya boleh diambil. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings