the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerja projek pengurusan banjir LPT1 bermula Oktober ini

KUANTAN: Pengendali Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ANIH Berhad akan memulakan kerja fasa satu projek pengurusan banjir di lebuh raya itu bermula 1 Okt ini, kata Pengurus Besar Kanannya Radzimah Mohd Radzi.

Beliau berkata pihaknya telah mengambil beberapa langkah penting bagi memastikan kelancaran projek, termasuk menjalankan kajian banjir secara terperinci dan komprehensif bagi mengenal pasti komponen tebatan banjir yang akan dilaksanakan untuk mengurangkan risiko kejadian banjir daripada berulang.

Antara kajian utama yang dilakukan adalah menerusi kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melibatkan semakan dan penilaian data kajian lampau berkaitan isu banjir termasuk analisis dan penilaian hidrologi, hidraulik serta kajian kesesuaian tanah.

“Keseluruhan projek pengurusan banjir ini dijangka mengambil masa selama dua tahun dan melibatkan 11 kawasan kritikal di sepanjang LPT1. Ini merupakan sebahagian komitmen berterusan syarikat dan kerajaan bagi mempertingkatkan tahap keselesaan dan keselamatan pengguna terutamanya di musim tengkujuh,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fasa pertama projek melibatkan jaringan di KM124 dan dijangka mengambil masa selama 12 bulan, yang akan melibatkan penutupan laluan kecemasan arah ke Kuala Lumpur di lokasi terlibat selama enam bulan bermula Oktober ini.

Laluan kecemasan KM124 arah ke Kuantan pula akan ditutup bermula dari Mei hingga November 2023.

Bagi memastikan impak lalu lintas berada pada tahap minimum sepanjang kerja dilaksanakan, laluan kontra di kawasan terbabit akan diaktifkan.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda keselamatan sepanjang projek pengurusan banjir dijalankan.

ANIH Berhad juga mengaktifkan semua saluran YouTube, ANIH TV bagi membolehkan pengguna mendapat maklumat tepat dan terkini mengenai projek tersebut yang turut melibatkan segmen ANIH Menjawab pada setiap Rabu bermula 12 Okt yang antara lain memaklumkan informasi laluan sementara. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings