the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kertas siasatan kes buli pegawai kadet UPNM diserah kepada AGC hari ini

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan (IP) berhubung kes buli dan dera seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) petang ini untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata walaupun hingga kini pihak polis masih belum menerima laporan perubatan mangsa, ia tidak menganggu siasatan berhubung kes itu.

Pada masa sama, beliau menyedari ada segelintir pihak mempertikai mengapa suspek dalam kes berkenaan tidak direman untuk membantu siasatan.

“Apabila kami menyiasat sesuatu kes, ada pertimbangan tertentu yang diambil kira sebelum keputusan untuk mereman suspek dibuat. Hanya kerana sesuatu kes telah dibuka, tidak semestinya suspek perlu direman untuk membantu siasatan,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Pendekatan Kesedaran Kes Jenayah Seksual dan Penipuan dalam Talian di Taman Tasik Metropolitan, Kepong, di sini hari ini.

Merujuk kepada kes itu, beliau berkata tiada keperluan untuk mereman suspek kerana polis telah merampas seterika dipercayai digunakan ketika kejadian serta mengambil kenyataan daripada mangsa dan saksi lain.

Angkatan Tentera Malaysia dalam kenyataan pada 30 Okt lepas mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian buli melibatkan seorang pelajar kadet UPNM yang dibuli oleh seniornya menggunakan seterika dengan ditekap di bahagian dada hingga meninggalkan kesan lecur seperti yang tular di media sosial.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Oldham, Li & Nie Launches Family Office Services to Support International Families in Hong...

Oldham, Li & Nie (OLN) is pleased to announce the launch of its dedicated Family Office Services practice, expanding its capabilities in private wealth, trusts, succession planning, and cross-border structuring to meet the growing needs of international families.

XPPen Strengthens Its Commitment to Animation with 2026 Annecy Festival Residency Partnership and MIFA...

XPPen, a global leading brand in digital art innovation, continues its support for the Annecy International Animation Film Festival in 2026 through its partnership with the Annecy Festival Residency, while showcasing its latest product lineup at MIFA 2026.

VinFast honored for investor relations excellence at the Asian Excellence Awards 2026

At the Asian Excellence Awards 2026 ceremony held in Hong Kong, VinFast was recognized with three prestigious awards, including Best Investor Relations Company and two individual honors.

Berjaya Property, China’s Wanli Tire in US$320 million tyre-manufacturing joint venture

Companies to establish high-performance, state-of-the-art facility in Bukit Tagar, Selangor

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings