the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kertas siasatan pemain bola sepak bawa kerambit diserah kepada pejabat TPR

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia telah melengkapkan kertas siasatan membabitkan seorang pemain bola sepak amatur yang membawa senjata tajam ke dalam padang ketika berlaku perselisihan faham dalam perlawanan bola sepak 4 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata pihaknya telah menyerahkan kertas siasatan berkenaan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dengan cadangan suspek dituduh mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Lelaki yang berusia 22 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis berikutan tempoh reman berakhir hari ini, manakala teman wanita suspek yang merupakan warga asing bagaimanapun masih lagi di dalam tahanan Jabatan Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jumaat lepas Mohamad Lazim memaklumkan pihaknya menahan lelaki itu dan teman wanitanya di sebuah rumah di Klang pada petang Khamis berhubung kejadian yang berlaku semasa perlawanan bola sepak di Pusat Bola Sepak KLFA di sini.

Terdapat juga gambar menunjukkan lelaki itu memegang senjata di kedua-dua belah tangannya yang tular di media sosial.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings