the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes bunuh pelajar: Mahkamah Tinggi tolak permohonan jaminan pegawai kanan polis

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan jaminan seorang pegawai kanan polis agar dibebaskan sementara menunggu perbicaraan kesnya, yang didakwa membunuh seorang pelajar sekolah menengah dalam kejadian langgar sehingga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet menolak permohonan Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang berpangkat DSP, atas sebab terdapat alasan munasabah berdasarkan naratif kes untuk mempercayai bahawa adanya kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mahkamah juga mendapati tiada keadaan khas dan istimewa untuk jaminan diberikan di bawah Seksyen 388 Kanun Tatacara Jenayah, dan turut mengekalkan tarikh perbicaraan kes pada 4 Nov seperti yang ditetapkan sebelum ini.

Pada prosiding hari ini pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz, Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abdul Ghani dan Timbalan Pendakwa Raya Low Qin Hui, manakala peguam Jacky Loi Yap Loong, Lim Chi Chau, Lim Jin Wen, Cindy Wong dan M. Kuhan, mewakili Mohd Nazri.

Turut hadir peguam pemerhati yang dilantik keluarga mangsa Datuk Wan Azmir Wan Majid.

Mohd Nazri didakwa atas pertuduhan menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di sini, antara 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari, 15 Dis 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.

Pada 14 Mei, Mohd Nazri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini dan Hakim Bhupindar Singh menetapkan perbicaraan kes itu selama 30 hari bermula 4 Nov hingga 17 Jan tahun depan.

Terdahulu ketika prosiding Loi berkata naratif dikemukakan pihak pendakwaan pada peringkat ini tidak menunjukkan bagaimana pemohon (Mohd Nazri) telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Naratif kes juga menunjukkan bahawa pemohon berada di tempat kejadian kerana isterinya yang bekerja sebagai seorang guru di sekolah itu, dan ia juga menunjukkan bahawa pemohon tidak mengenali si mati, katanya.

Afzainizam dalam hujahnya berkata berdasarkan pertuduhan yang dikemukakan, naratif kes mengandungi fakta material yang menunjukkan bahawa pemohon melakukan kesalahan bunuh terhadap pelajar terbabit pada 15 Dis 2023.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

SUNeVision passes continuing connected transactions resolutions at EGM; shares strategic updates on MEGA IDC...

SUNeVision received independent shareholder approval for its continuing connected transactions at its EGM and shared progress on MEGA IDC. A major customer commitment is expected to boost occupancy, while development of Phases Two and Three has been accelerated to meet growing AI and cloud demand.

Wesley Methodist School Kuala Lumpur (International) brought together youth from ASEAN, China and Russia...

Wesley Methodist School Kuala Lumpur (International) hosted the Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Remaja ASEAN, China dan Rusia 2026, bringing together students from six countries to promote cultural exchange, international friendship, and mutual understanding through poetry, education, and artistic expression.

Advances in AI adoption and data-driven capabilities accelerate in the Philippines, but talent gaps...

Aon's inaugural Human Capital Trends Study shows Philippine organisations are accelerating AI adoption and workforce upskilling. However, shortages of AI talent, limited pay transparency, and gaps between employee expectations and workplace experience continue to challenge long-term workforce growth and organisational performance.

Taiwan International Plant-Based Festival launches in Singapore: High-end culinary partnerships and diplomatic exhibitions shape...

The Taiwan International Plant-Based Festival has launched in Singapore, promoting premium Taiwanese produce through luxury dining collaborations, diplomatic exhibitions, and sustainability-focused branding. The initiative aims to strengthen Taiwan's agricultural exports, enhance brand recognition, and expand opportunities across Southeast Asia's premium food market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings