Wednesday, November 5, 2025
23.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

KPE GLC dan GLIC wajib isytihar harta untuk tingkat akauntabiliti

The Sun Berita

PUTRAJAYA: Langkah mewajibkan ketua pegawai eksekutif (KPE) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan langkah awal bagi meningkatkan akauntabiliti masing-masing.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pengisytiharan itu memberi isyarat jelas bahawa ketua organisasi perlu bertanggungjawab terhadap harta dan aset mereka.

“Apabila semua KPE ini mengisytiharkan harta kepada SPRM, mereka lebih berhati-hati dalam tindakan kerana sebarang usaha untuk menggunakan kedudukan bagi mengumpul kekayaan akan mudah dikenal pasti,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas beliau menerima 13 Borang Perisytiharan Harta daripada KPE dan ketua syarikat operasi di bawah Kumpulan Boustead Holdings Bhd (BHB). Penyerahan borang itu disempurnakan oleh Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Jabatan Integriti dan Governans BHB, Rosman Johar Abdullah.

Rosman berkata langkah itu dilaksanakan sebagai mematuhi arahan kerajaan agar semua KPE GLC dan GLIC membuat perisytiharan harta kepada SPRM.

“Tindakan kerajaan ini perlu disokong semua pihak bagi memastikan amalan rasuah bukan sahaja mesti dibanteras, bahkan perlu dicegah daripada awal sebelum ia berlaku,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

KPMG successfully concludes Digital Assets Forum: Policy, Market Dynamics and Institutional Adoption

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 4 November 2025 - KPMG is pleased to announce the successful conclusion of the Digital Assets Forum: Policy, Market Dynamics and Institutional Adoption, held on 31 October 2025.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img