the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPK cadang semak semula levi untung luar biasa sawit dalam belanjawan 2025 – Johari

KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bercadang menyemak semula levi keuntungan luar biasa (WPL) ke atas minyak sawit di negara ini dalam pembentangan Belanjawan 2025, seiring dengan harga semasa komoditi itu.

Sehubungan itu, Menterinya Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata KPK akan bekerjasama dengan pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi semakan semula WPL.

“Dulu (sebelum ini) kos mengeluarkan satu tan metrik minyak sawit lebih kurang RM1,800 tetapi sekarang boleh mencecah RM2,800 hingga RM3,200, bergantung pada saiznya.

“Kos yang kita gunakan pada RM1,800 mungkin sesuai guna WPL, tapi sekarang tidak lagi apabila dagangan pasaran kira-kira RM3,800 hingga RM3,900 dengan kos melebih RM3,000,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Bakri Jamaluddin (PN-Tangga Batu) mengenai WPL dan sama ada pemain industri mendapat manfaat terutama dalam usaha mempercepat proses penanaman semula sawit.

Sebelum ini, KPK telah meneliti isu levi keuntungan luar biasa yang dibangkitkan oleh penggiat industri selain turut mengadakan perundingan dengan pihak berkaitan.

Kadar WPL sebanyak 3.0 peratus dikenakan terhadap harga minyak sawit melebihi RM3,000 satu tan di Semenanjung Malaysia dan melebihi 3,500 ringgit satu tan metrik di Sabah dan Sarawak.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings