the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPKM bincang dengan India terus eksport beras putih ke Malaysia

JOHOR BAHRU: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pertanian dan Kebajikan Petani India secepat mungkin bagi mencari penyelesaian terbaik mengenai isu sekatan eksport beras putih.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata antara inti pati dalam pertemuan secara kerajaan dengan kerajaan (G2G) itu adalah bagi mengemukakan permohonan kepada kerajaan India untuk meneruskan pengeksportan beras putih mereka ke negara ini.

“Di peringkat kementerian sekarang, kita sedang ‘berhubung’ kalau dapat tarikh, barulah kita dapat pergi ke sana sebab kita nak berbincang secara G2G. Kalau boleh dalam minggu ni dia beri tarikh pun, kita boleh pergi.

“Kita akan minta mereka meneruskan eksport beras putih ke Malaysia. Itu harapan kita sebab kalau mereka menyekat beras putih secara mengejut, ia akan membawa kesan kenaikan harga beras di Malaysia,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Petugas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut perincian perbincangan beliau yang akan bertemu Menteri Pertanian India susulan isu sekatan eksport beras putih oleh negara itu.

Dalam pada itu, beliau berkata sekatan tersebut telah menyebabkan harga beras eksport di negara ini meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan kebanyakan pengguna beralih kepada beras tempatan hingga berlaku sedikit kekurangan di beberapa tempat.

“Tetapi kita atasi sekarang dengan tuaian yang berlaku di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang akan dikeluarkan dalam masa tidak sampai sebulan ini, beras akan berada di pasaran dan sekarang pun kita ada cuba untuk tampung mana-mana yang berlaku kekurangan,“ katanya.

Pada Julai lepas, India dilaporkan melarang eksport beras putih bukan basmati untuk mengekang kenaikan harga beras dalam pasaran domestik susulan kekurangan bekalan disebabkan hujan lebat yang telah menjejaskan tanaman itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DBKL to acquire land to resolve Taman Datuk Senu access road issue

Kuala Lumpur Mayor Datuk Seri Fadlun Mak Ujud said checks found that no land acquisition had ever been carried out in the area, resulting in the road, which has long been used by the public, actually being located on private land.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings