the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPKM perkasakan komuniti Kg Tanah Melintang dengan kursus TVET

KUALA PILAH: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited memperkasakan penduduk Kampung Tanah Melintang melalui Program Kampung Angkat MADANI dengan peruntukan sebanyak RM1 juta yang disediakan kerajaan.

Ketua Setiausaha KPKM Datuk Seri Isham Ishak berkata antara projek yang dilaksanakan adalah penyediaan kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada penduduk bagi mempelajari penanaman cendawan serta penghasilan sos cili.

Peruntukan turut digunakan bagi pembinaan mercu tanda kampung, penurapan jalan sejauh 300 meter, membaik pulih atap rumah penduduk, pemasangan lampu solar dan pembelian van jenazah.

Beliau berkata selain suntikan dana kerajaan, kementerian turut mendapat sokongan Kedutaan Turkiye di Malaysia yang menyumbang perkakasan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk dimanfaatkan pelajar di kampung berkenaan.

Perkakasan yang disumbangkan ialah komputer riba, smartboard, sistem bunyi dan set meja kerusi untuk makmal komputer Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Melintang.

Sumbangan Kedutaan Turkiye untuk kampung ini dianggar RM150,000 yang dapat memperluas akses kepada kemahiran digital dalam kalangan golongan muda, seterusnya mendedahkan penggunaan teknologi dalam pembelajaran.

KPKM sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif strategik untuk membangunkan sektor pertanian melalui pendekatan penyatuan komuniti dan pemanfaatan tanah terbiar termasuk di Negeri Sembilan.

Projek tanaman jagung bijian di kawasan Juasseh, Kuala Pilah merupakan antara projek perintis terkini yang menunjukkan kejayaan awal menerusi konsep penyatuan tanah dan penyertaan komuniti setempat.

Kampung Tanah Melintang juga berpotensi bagi tanaman kelapa, jagung dan tumbuhan seperti maman yang mempunyai permintaan tinggi bagi pasaran domestik.

Kementerian bersedia memberikan sokongan dari segi teknologi, khidmat teknikal, penyediaan benih dan baja serta bimbingan kepada penduduk, bagi memastikan usaha berkenaan dapat dilaksanakan secara lebih sistematik.

KPKM yakin dengan kerjasama bersepadu antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan komuniti kampung, tanah-tanah terbiar di seluruh negara boleh diaktifkan dan menjadi sumber keterjaminan makanan negara. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The Third International Summit of Religious Leaders in Kuala Lumpur Calls for Youth Empowerment

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - The Third International Summit of Religious Leaders 2026 concluded in Kuala Lumpur with the participation of His Excellency Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, Secretary-General of the Muslim World League and Chairman of the Organization of Muslim Scholars.

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings