the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPM sedia pertimbang cadangan keluar keputusan SPM lebih awal

TAIPING: Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia menimbang cadangan semua pihak termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 diumumkan lebih awal dari tarikh sedia ada, iaitu 27 Mei ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata perkara itu akan dibawa ke perbincangan bagi diperhalusi oleh pihak berkepentingan sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Seperti yang saya kata, kerajaan ini merupakan kerajaan yang sudi mendengar. Apabila kita menerima pandangan yang berbeza daripada semua sektor maka pihak KPM akan mempertimbangkan semua pandangan tersebut.

“Beri kami sedikit masa sebelum satu keputusan atau kenyataan media berkaitan dengan isu ini dapat dibuat nanti,” katanya ketika ditemui pada sesi lawatan di SABK Maahad Al-Khair Lil Banat di sini hari ini.

Semalam, KPM dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan peperiksaan SPM 2023 yang membabitkan 395,870 calon akan diumumkan pada 27 Mei ini bermula 10 pagi.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung NUTP Fouzi Singon dalam satu kenyataan merayu agar keputusan SPM 2023 diumumkan lebih awal (23 Mei) memandangkan tarikh rasmi dikeluarkan KPM itu merupakan cuti sekolah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings