the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kurang kesedaran punca anak istimewa lambat daftar sebagai OKU – Nancy

KUCHING: Jumlah pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) di Sarawak masih pada tahap yang rendah, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata antara puncanya adalah kurang kesedaran dan faktor jauh dari bandar yang menyebabkan ibu bapa tidak mendaftarkan anak istimewa atau lewat daftar sebagai OKU.

“Untuk mengesahkan seseorang itu OKU, mereka perlu disahkan oleh doktor di hospital, jadi agak payah bagi mereka membawa anak untuk pemeriksaan,“ katanya selepas menghadiri majlis sambutan Hari Kebangsaan OKU peringkat kebangsaan di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Nancy berkata untuk mengatasi masalah itu, kementerian menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama ketua masyarakat dan pejabat daerah perlu mengadakan program berkaitan bagi mengenal pasti individu yang perlu didaftarkan.

“Kebanyakan rakyat kurang sedar tentang program yang ditawarkan oleh kementerian, justeru adalah menjadi harapan melalui program berkaitan masyarakat ambil tahu.

“Pendaftran individu OKU adalah penting agar bantuan dapat disalurkan kepada mereka ataupun penjaga,“ katanya sambil menambah kementerian akan menaik taraf fasiliti untuk kegunaan OKU di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kuching untuk dijadikan sebagai rumah perlindungan dan pemulihan.

Sebelum ini, Nancy dilaporkan berkata berdasarkan data Jabatan Kebajikan Masyarakat pada Julai lepas, seramai 663,650 OKU telah berdafftar di negara ini dengan 57,043 daripadanya dalam kategori OKU penglihatan.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nexus Aesthetic Clinic to host pro bono aesthetic literacy talk for women in Singapore

Nexus Aesthetic Clinic will host a free public education talk to help women make informed decisions about medical aesthetic treatments, focusing on consultation-first assessments, patient suitability, treatment risks, and the importance of achieving natural-looking outcomes through responsible medical judgement.

Singapore Institute of Management: Student life and campus communities becoming a key deciding factor...

Singapore Institute of Management is strengthening student engagement through nearly 80 clubs and co-curricular activities, reflecting growing demand for holistic education that combines academic excellence with wellbeing, leadership, social connections, and career-ready skills.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings