• 2025-06-23 02:25 PM

KUALA LUMPUR: Landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) kini ditutup untuk memudahkan pemindahan sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerja-kerja pembersihan landasan berikutan insiden berkaitan pesawat pada 11.30 pagi ini.

Menurut Malaysia Airports Holdings Bhd, Notis kepada Juruterbang (NOTAM) telah dikeluarkan dan penutupan dijangka berterusan sehingga 3 petang ini.

“Semasa tempoh penutupan ini, semua operasi penerbangan di KIA akan terjejas. Penumpang dinasihatkan untuk menyemak dengan syarikat penerbangan masing-masing.

“Lapangan terbang itu akan memberikan maklumat terkini selepas landasan tersebut diisytiharkan selamat dan dibuka semula untuk operasi penerbangan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM),” menurut pengendali lapangan terbang itu di laman X hari ini.