the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Langgar polis semasa Op Tapis khas, lelaki ditahan

GEORGE TOWN: Seorang lelaki disyaki pengedar dadah yang bertindak melanggar seorang konstabel polis hingga cedera di beberapa bahagian badan semasa Op Tapis Khas di kawasan Klinik Kesihatan di Sungai Dua di sini, ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata lelaki berusia 44 tahun itu ditahan di Air Itam, di sini iaitu sehari selepas kejadian tersebut hasil daripada maklumat dan risikan yang dijalankan pihak polis.

“Dalam kejadian pada kira-kira 8.20 pagi Selasa itu, sepasukan polis telah menjalankan Op Tapis Khas dalam kawasan klinik tersebut selepas menerima aduan terdapat kegiatan penjualan dadah kepada penagih yang menerima rawatan metadon di situ.

“Ketika pihak polis cuba menahan suspek yang menaiki sebuah motosikal, lelaki itu yang juga penagih dadah bertindak melanggar konstabel berusia 27 tersebut kerana mahu melarikan diri daripada ditahan,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Razlam berkata anggota polis lelaki berkenaan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk kepala dan diberi rawatan awal di klinik kesihatan tersebut sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Beliau berkata konstabel tersebut menerima rawatan sebagai pesakit luar di HPP dan diberikan cuti sakit, manakala suspek yang mempunyai 14 rekod lampau berkaitan dadah serta empat kes jenayah kini direman untuk siasatan lanjut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings