the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 10,000 sertai Larian Wira LTAT 2025 di Putrajaya

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

PUTRAJAYA: Lebih 10,000 peserta membanjiri Dataran Wawasan di sini malam tadi sempena penganjuran “Wira LTAT 2025 – Night Run” yang dianjurkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi menghargai jasa dan pengorbanan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Acara larian yang julung kali diadakan pada waktu malam itu mengetengahkan tiga kategori iaitu 5 kilometer (km) (Fun Run), 10km, dan 21.1km (Half Marathon), dengan tema “Demi Wira Kami.”

Edisi kali ini turut menarik perhatian apabila 22 orang kanak-kanak istimewa daripada Incredible Warrior Club menyertai segmen Fun Run 5km.

Larian itu juga dianjurkan untuk menyokong Kempen Tabung Pahlawan yang dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) bagi mengumpul dana membantu veteran ATM yang memerlukan, termasuk golongan uzur, kurang upaya serta warga emas yang hidup bersendirian.

Ketua Pegawai Eksekutif LTAT Mohammad Ashraf Md Radzi berkata penganjuran larian santai tersebut bukan sahaja bertujuan menghargai pengorbanan anggota ATM malah menjadi platform untuk mendekatkan mereka dengan masyarakat awam.

“Salah satu cara paling mudah untuk merapatkan anggota ATM dengan rakyat adalah melalui acara larian seperti ini. Ia membuka ruang interaksi dan membolehkan orang awam lebih menghargai jasa anggota tentera,” katanya kepada pemberita pada acara tersebut semalam.

Mohammad Ashraf berkata jumlah pendaftaran rasmi direkodkan melebihi 10,000 peserta namun terdapat ramai yang hadir secara walk-in dan berlari secara tidak berdaftar termasuk ahli keluarga peserta, menjadikan anggaran keseluruhan peserta mencecah antara 11,000 hingga 12,000 orang.

Sementara itu, Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, yang juga Ahli Lembaga Pengarah LTAT, berkata acara itu merupakan antara inisiatif untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.

“Saya mewakili warga ATM ingin merakamkan penghargaan kepada LTAT atas penganjuran ini. Tambahan pula, 1,000 penyertaan telah diberikan secara percuma kepada anggota ATM satu bentuk sokongan yang amat bermakna,” katanya.

Beliau berkata ATM melalui pelbagai cabangnya turut mengambil kesempatan untuk memeriahkan acara tersebut dengan mengadakan pameran serta membuka peluang kepada golongan belia untuk mendapatkan maklumat mengenai kerjaya dalam pasukan tetap dan simpanan ATM.

“ATM bukan sahaja benteng pertahanan negara tetapi masyarakat juga memainkan peranan penting dalam usaha ini. Sebab itu, kita tekankan konsep pertahanan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan masyarakat,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img