the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
33.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka

MELAKA: Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata bagi daerah Alor Gajah, sekurang-kurangnya 22 rumah terjejas melibatkan penduduk di Kampung Gapam, Kampung Bukit Tambun, Kampung Parit Melana dan Kampung Bukit Balai di Durian Tunggal.

“Di Melaka Tengah membabitkan 28 rumah di Taman Melawis Bukit Beruang, Ayer Keroh Height (2) dan Kampung Sungai Putat (5) setakat pukul 8 malam.

“Susulan situasi berkenaan, pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Melaka Tengah telah mengaktifkan pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Japerun Ayer Keroh untuk keperluan pemindahan kawasan itu dan proses pendaftaran mangsa banjir masih dilaksanakan setakat ini,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata dalam masa yang sama, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjalankan pemantauan rapi di kawasan terjejas dan orang ramai diminta peka dan mengikut arahan pasukan penyelamat bagi mengelak sebarang risiko banjir.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong hosts Lions International Convention for the third time

The Hong Kong Tourism Board is proud to support the 108th Lions International Convention 2026 in Hong Kong. Having previously hosted the convention in 1992 and 2005, Hong Kong has once again been chosen by Lions Clubs International as the venue for its flagship event, attracting around 17,000 delegates from across the globe.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings