Your Title

BACHOK: Seorang lelaki berusia 47 tahun ditemukan lemas di dalam sungai dekat Padang Melintang, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan memaklumkan mayat Huzaimi Mat Isa dikeluarkan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada pukul 6.12 petang.

“Pihak kami menerima panggilan mengenai kejadian pada 5.11 petang dan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok dan PPDA BBP Pengkalan Chepa bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.