the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki miliki 37 rekod jenayah ditahan samun kedai runcit

BUTTERWORTH: Polis menahan seorang lelaki tempatan yang mempunyai 37 rekod jenayah lampau selepas disyaki terbabit dalam kes samun melibatkan seorang warga Pakistan di sebuah kedai runcit di Tasek Gelugor, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abdul Rahman berkata suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan di sekitar kawasan Tasek Gelugor pada Jumaat.

“Pihak polis turut berjaya merampas barang kes yang berkaitan serta komponen motosikal yang dicuri dan sejumlah dadah Dalam milikan suspek,” katanya dalam kenyataan malam semalam.

Menurutnya semakan mendapati suspek mempunyai 30 rekod lampau berkaitan jenayah serta tujuh rekod kesalahan narkotik selain merupakan orang yang dikehendaki kerana melanggar syarat pengawasan polis di kawasan Langgar, Alor Setar, Kedah.

Katanya suspek kini direman selama enam hari bermula semalam hingga 14 Nov ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379a Kanun Keseksaan dan Seksyen 39a (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selasa lepas, tular sebuah video yang memaparkan kejadian samun di sebuah kedai runcit dengan menggunakan parang.

Anuar turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhamad Ikram Zulkifli di talian 04-576 2222 (sambungan 2275) atau mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings