the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki positif dadah ditahan dera kanak-kanak hingga maut di Kuching

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUCHING: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun yang disyaki terlibat dalam kes kematian seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun di Kampung Rampangi, Santubong.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata laporan berhubung kejadian itu diterima semalam daripada seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun.

Pengadu menyatakan beliau telah dimaklumkan oleh kawannya bahawa anak perempuannya telah meninggal dunia pada Selasa kira-kira 9.45 malam.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah didera sehingga mati.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching telah menahan suspek di kawasan Kampung Krian, Jalan Padawan pada 11 pagi.

Alexson berkata semakan turut mendapati suspek mempunyai enam rekod lampau berkaitan jenayah dadah.

Hasil ujian saringan awal air kencing juga menunjukkan suspek positif dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun.

Hukuman tersebut juga termasuk tidak kurang daripada 12 kali sebatan jika sabit kesalahan.

Alexson turut menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan.

Beliau turut menggalakkan orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching menerusi talian 082-24444.

Masyarakat juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Chris Olsen Ramlee menerusi talian 013-8607572 bagi membantu siasatan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img