the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki warga emas didakwa menipu, curi

SIBU: Seorang lelaki berusia 64 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang lelaki berusia 70 tahun di sebuah bank di Jalan Ulu Lanang, di sini Ogos lepas.

Dahlan Wong, 64, didakwa menipu Empilut@Philip Empari, 70, dengan secara tidak jujur telah mendorong mangsa menyerahkan RM15,500 kepadanya bagi mengelak cukai tanah dan bayaran dokumentasi perjanjian sewa tanah daripada Lembaga Air Sibu (LAS) yang secara curangnya ditawarkan kepada mangsa.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan juga boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Dahlan bersama dua individu lain yang masih bebas, turut didakwa atas kesalahan mencuri selepas secara sengaja mengambil RM10,000 milik Setia Chaon, 70, tanpa sebarang kebenaran di cawangan sebuah bank di sini, pada 12.51 tengah hari, 26 Ogos lepas.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 378 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 379 kanun yang sama, dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda, atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, hendaklah dikenakan hukuman penjara dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Dahlan memahami kedua-dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya, namun tiada pengakuan direkodkan.

Pendakwaan dikendalikan ASP Siti Mariyah Dahari manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Oon Kork Chern membenarkan Dahlan diikat jamin RM10,000 dan RM8,000 dengan dua penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 26 Nov ini untuk sebutan semula kes.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber resilience defined by integration, not spend

Higher cybersecurity spending alone is not enough to strengthen Malaysia’s cyber resilience, as fragmented technology environments, the rapid pace of digitalisation, and a shortage of specialised talent continue to limit organisations’ cybersecurity maturity, according to US-based cybersecurity company Palo Alto Networks.

Akmal backs France, Brazil, Portugal for World Cup glory

Akmal believes the trio possess the quality, depth and balance needed to go all the way with France remain among the strongest contenders due to the abundance of attacking options available to the squad.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings