the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

LPP akan mohon kuota tambahan beras putih tempatan

IPOH: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan memohon kuota tambahan beras putih tempatan (BPT) sekiranya jumlah yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk mengatasi isu ketiadaan beras di pasaran.

Bagaimanapun, Ketua Pengarahnya Datuk Azulita Salim berkata penambahan kuota itu bergantung kepada permintaan dan LPP menerima kuota sebanyak 2,500 metrik tan setiap bulan hingga hujung tahun ini untuk dipasarkan.

“Sebagai satu langkah intervensi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah melantik LPP bersama dengan FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) (untuk) memasarkan beras putih tempatan.

“Kita tahu ia agak sukar untuk diperolehi di pasaran buat masa ini. Perbincangan telah dibuat, sekiranya 2,500 metrik tan tidak cukup, pihak kawal selia sememangnya tidak mempunyai masalah untuk meningkatkan atau menambah lagi kuota untuk LPP,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Peladang Outlet Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak yang turut dihadiri Pengerusinya Datuk Sham Mat Sahat di sini hari ini.

Kuota BPT yang diperoleh itu katanya akan dipasarkan ke semua Peladang Outlet di seluruh negara pada harga RM26 bagi 10 kilogram bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan berkenaan.

“Kita telah mula memasarkan BPT di Peladang Outlet serta di kedai-kedai peladang dan kita juga akan pasarkan di Peladang Premium Outlet di Perak di bawah PPN Perak,“ katanya.

Sementara itu, Azulita berkata pembukaan Peladang Premium Outlet yang pertama di Perak itu membabitkan jualan produk-produk berkualiti usahawan PPN.

Menurutnya selain di Perak, Peladang Premium Outlet turut terdapat di Putrajaya, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings