Sunday, November 9, 2025
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lufthansa tamatkan 4,000 pekerjaan menjelang 2030

MUNICH: Lufthansa mengesahkan akan menamatkan 4,000 jawatan pentadbiran menjelang 2030 sebagai sebahagian usaha pendigitalan, mengautomatikkan dan menyatukan proses operasi, menurut kenyataan kumpulan penerbangan itu pada Isnin sempena Hari Pasaran Modal syarikat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pengumuman itu mengesahkan laporan tidak rasmi yang dilaporkan minggu lalu.

Syarikat itu turut menaikkan sasaran kewangan jangka sederhana.

Kumpulan Lufthansa sebelum ini mempunyai kira-kira 103,000 pekerja.

Syarikat itu kini menyasarkan keuntungan operasi atau pendapatan terlaras sebelum faedah dan cukai (EBIT) antara lapan hingga 10 peratus daripada hasil, berbanding sasaran sebelumnya sebanyak lapan peratus.

Bagi tahun ini, pihak pengurusan menjangkakan EBIT terlaras bakal melepasi €1.6 bilion (US$1.9 bilion) yang dicatatkan tahun lalu.

Bagi meningkatkan keuntungan, Lufthansa turut merancang menyatukan pelbagai syarikat penerbangannya di bawah kawalan pusat yang lebih ketat – BERNAMA-dpa

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Soomin leads Moutai Singapore Open, rekindles 2011 memories

Soomin Lee surged into the lead at the halfway stage of the Moutai Singapore Open after carding an impressive eight-under-par 64 to reach 12-under overall. The Korean ended his round with back-to-back birdies, rekindling memories of his runner-up finish at the same course during the 2011 Asia-Pacific Amateur Championship. Lee, who owns one DP World Tour title and five Korean PGA wins, said his past success in Singapore gives him confidence as he chases a much-needed result to secure his Asian Tour card for next year. A group of 10 players sit two shots behind, including Kevin Yuan, Matthew Cheung, Ian Snyman, Wang Wei-hsuan, John Catlin, Sarit Suwannarut, James Piot, Caleb Surratt, Ollie Schniederjans, and Jeunghun Wang.
spot_img

Popular Categories