the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lumba perahu sempadan Malaysia-Thailand pacu ekonomi, tarik pelancong

PASIR MAS: Penganjuran pertandingan lumba perahu antara Malaysia dan Thailand di Sungai Golok dijangka menjadi pemangkin ekonomi dan pelancongan di kawasan sempadan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Budaya, Kesenian dan Warisan Kelantan Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, acara ini berpotensi memberi manfaat kepada peniaga kecil, pengusaha inap desa, dan penyedia perkhidmatan pelancongan di sekitar Pasir Mas.

“Kita lihat acara seperti ini boleh menghidupkan ekonomi setempat kerana pengunjung akan datang bukan sahaja untuk menonton lumba perahu, tetapi juga membeli makanan tradisional, menginap di hotel atau inap desa serta membeli kraftangan,” katanya.

Lokasi yang dicadangkan, iaitu pangkalan Pohon Jambu, sudah dikenali sebagai kawasan tumpuan masyarakat Malaysia dan Thailand. Pemilihan tempat itu dijangka memberi kesan langsung kepada aktiviti ekonomi penduduk sekitar.

“Tempat ini cantik dan sesuai untuk acara seperti ini kerana sungainya tidak terlalu luas dan kemudahan asas sudah ada. Kita juga dapat kerjasama yang baik daripada pihak berkuasa Sungai Golok,” tambah Kamaruddin.

Perbincangan akan diadakan untuk membesarkan skala penganjuran dengan melibatkan lebih banyak pasukan dari Kelantan dan wilayah Narathiwat, Thailand. Ini bertujuan menjadikan acara tersebut sebagai produk pelancongan tahunan.

Selain pertandingan utama, acara lumba perahu tutup mata dirancang sebagai tarikan unik untuk menarik lebih ramai pelancong.

Dalam edisi percubaan yang berlangsung baru-baru ini, seramai 40 pasukan termasuk lima dari Malaysia mengambil bahagian, dengan kehadiran kira-kira 1,000 penonton.

Acara seumpama ini bukan sahaja memelihara warisan budaya, tetapi juga membantu merancakkan ekonomi tempatan yang bergantung kepada pelancongan di kawasan sempadan – Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories