the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia punyai potensi besar untuk bangkit sebagai ekonomi dinamik

NEW YORK: Malaysia mempunyai potensi yang amat besar untuk bangkit kembali sebagai sebuah ekonomi yang dinamik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).

Beliau berkata ini berikutan negara mempunyai sumber yang diperlukan dan tenaga kerja berkelayakan, selain mempunyai dasar seperti Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) untuk mendukung matlamat ini.

Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata perkara itu dikongsikan semasa beliau mengadakan sesi dialog dan makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di sini.

“Saya dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) amat berbesar hati dapat bertemu dan berdiskusi bersama mereka dalam majlis yang cukup santai,“ kata beliau.

Pada majlis itu juga, Anwar berkata beliau turut menyatakan bahawa Kerajaan Perpaduan sedang meneliti kaedah untuk menarik rakyat Malaysia yang mahir untuk kembali menyumbang kepada negara.

“Ini sebagai usaha menangani krisis penghijrahan cendekiawan atau ‘brain drain’ yang sedang dihadapi negara ketika ini,” katanya.

Perdana Menteri dan delegasi berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78. Beliau telah menyampaikan Kenyataan Negara pada Jumaat di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings