the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
27.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia terbentuk atas persetujuan semua negeri berlandaskan prinsip federalisme – Fahmi

PUTRAJAYA: Malaysia terbentuk atas persetujuan semua negeri berlandaskan prinsip federalisme yang menjadi teras utama dalam Perlembagaan Persekutuan, demikian menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata pembangunan dan kemajuan negara adalah berteraskan kekuatan persekutuan bersama-sama kesemua negeri.

“Oleh itu Perlembagaan Persekutuan menjadi asas dalam menjamin hak negeri, dan dalam menentukan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan-kerajaan negeri,” katanya kepada media selepas mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau berkata jemaah Menteri mengambil maklum kenyataan yang dibuat beberapa pihak berkenaan hubungan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri.

Sementara itu berkaitan perkara-perkara mengenai Sabah dan Sarawak, Fahmi berkata perbincangan adalah berpandukan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings