the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa banjir buat ‘Facebook live’ minta bantuan

KUALA NERANG: Seorang mangsa banjir menggunakan siaran langsung atau live di laman Facebooknya untuk meminta bantuan menyelamat selepas terperangkap susulan air banjir yang meningkat secara mendadak awal pagi semalam.

Nor Amiza Ahmad Sukkri, 42, dari Kampung Semeliang yang terperangkap bersama suami Shaharanizal Che Halim, 52, dan anak lelakinya Muhammad Yasir, 13, memaklumkan keadaannya yang cuba mendapatkan bantuan awal namun terhalang kerana air sudah naik hingga melepasi paras lutut.

“Dalam 1 pagi, saya cuba meredah air untuk ke rumah mak yang berada di kawasan lebih tinggi tetapi arus deras serta paras air tinggi, jadi saya berpatah balik ke rumah. Pada 2 hingga 4 pagi, paras air semakin meningkat melebihi paras lutut jadi kami berdiri di atas tembok rumah.

“Kira-kira 4.30 pagi, saya cuba hubungi pihak polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tetapi trak atau lori memang tidak boleh masuk ke laluan rumah kerana air sudah terlalu tinggi, jadi saya terpaksa berfikir cara lain untuk minta bantuan,“ katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Nerang, hari ini.

Setelah berpaut pada tembok rumah kira-kira tiga jam, Nor Amiza dan keluarganya diselamatkan oleh individu yang mengikuti siaran langsungnya dengan menaiki bot pada 7 pagi, sebelum mendapat panggilan bahawa pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.

“Syukur kerana kami selamat, barang-barang di dalam rumah rasanya hanyut semua tetapi tak mengapa kerana paling penting nyawa. Benda lain boleh beli nanti,“ katanya.

Hasemah Hasim, 57, dari Kampung Mani A berkata dia bersama suaminya yang menghidap strok Ahmad Seghi Lebai Ayob, 63, dan anak lelakinya Muhammad Sofi, 30, berpindah ke PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang semalam, selepas air banjir naik hingga paras kepala.

“Air mula naik sejak Rabu tapi esoknya paras air naik hingga kepala. Kami berpindah dengan bantuan orang kampung dengan menaiki bot. Selepas kejadian banjir besar pada 2010, ini baru berlaku banjir lagi dan kalau ikut banjir kali ini kurang sikit teruknya berbanding 2010,“ katanya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid melawat mangsa banjir di beberapa PPS di sekitar Padang Terap.

“Hujan lebat sejak beberapa hari ini telah menyebabkan limpahan air…di Padang Terap melibatkan dua empangan iaitu Empangan Ahning dan Empangan Muda, jadi memang berlaku banjir dan dianggarkan lebih 30 kampung telah ditenggelami air.

“Kerajaan telah membuka PPS dan jabatan serta agensi berkaitan telah turun membantu mangsa-mangsa yang terlibat…ada kawasan laluannya terputus kerana air tinggi tetapi saya dan beberapa badan bukan kerajaan di daerah ini turun membantu menghantar makanan dan minuman kepada mereka,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings