the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa banjir di Selangor, Perak, Johor dan Kedah semakin meningkat

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Hujan lebat petang tadi menyebabkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor, Perak, Johor dan Kedah terus merekodkan peningkatan pada malam Ahad (Okt 6).

Di Selangor, jumlah mangsa banjir yang berkurangan petang tadi kembali meningkat iaitu daripada 277 mangsa daripada 56 keluarga kepada 281 mangsa daripada 57 keluarga pada malam Ahad.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga PPS iaitu PPS Dewan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Seri Kundang, Sekolah Kebangsaan (SK) Ijok dan SK Bukit Badong masih beroperasi bagi menempatkan mangsa banjir dari dua daerah iaitu Gombak dan Kuala Selangor.

Situasi yang sama turut berlaku di Perak, apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS kembali meningkat kepada 234 daripada 64 keluarga berbanding 225 daripada 61 keluarga petang Sabtu (Okt 5).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan empat PPS masih beroperasi di tiga daerah iaitu Kerian (108 mangsa); Matang (50 mangsa) dan Hilir Perak (76 mangsa).

Dalam pada itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri memaklumkan laluan FT 147 Jalan Bagan Serai-Changkat Lobak dan FT 076 Jalan Kuala Kangsar – Gerik – Pengkalan Hulu ditutup susulan tanah runtuh dan pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif serta sentiasa berjaga-jaga.

Di Johor, mangsa banjir di daerah Kluang turut meningkat kepada 195 orang pada 8 malam ini berbanding 116 mangsa pada petang Sabtu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan berkata seramai 155 mangsa daripada 44 keluarga dipindahkan ke PPS SK Dato’ Onn Jaafar dan 40 mangsa daripada 16 keluarga ditempatkan di SK Seri Kampung Renggam.

Beliau berkata kesemua mangsa dipindahkan setelah kediaman masing-masing di Taman Suria, Taman Rekamas dan Kampung Seri Tengah Renggam dinaiki air.

Di Kedah, satu lagi PPS dibuka iaitu di daerah Pendang di Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah sekali gus menjadikan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 229 orang daripada 69 keluarga ditempatkan di dua PPS, malam Ahad.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata 48 mangsa daripada 11 keluarga dipindahkan ke PPS baharu berkenaan manakala satu lagi PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, Kubang Pasu yang dibuka pada 2.30 pagi tadi, kini menempatkan 181 mangsa daripada 58 keluarga.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img