the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa banjir terus menurun, lebih banyak PPS ditutup malam ini

KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan mangsa banjir di lima negeri terus berkurangan malam ini, dengan lebih banyak pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup lewat petang tadi.

Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata dua PPS di Segamat dan satu di Batu Pahat ditutup petang tadi, menjadikan jumlah mangsa banjir malam ini sebanyak 168 orang berbanding 229 orang pada sebelah petang.

“Semua mangsa banjir negeri ini yang terdiri daripada 48 keluarga berada di Segamat dan ditempatkan di lima PPS di daerah itu,“ katanya menerusi kenyataan hari ini.

KELANTAN juga merekodkan penurunan mangsa selepas sebuah PPS di Tumpat ditutup, menjadikan jumlah mereka yang masih terkesan dengan bencana itu malam ini ialah 111 orang berbanding 240 orang yang direkodkan petang tadi.

Portal Info Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan dua PPS masih beroperasi di negeri itu, iaitu di Tumpat yang menempatkan 68 mangsa daripada 36 keluarga manakala PPS di Pasir Mas dihuni 43 mangsa daripada 12 keluarga.

Sementara itu, di PERAK, Sekretariat JPBN memaklumkan banjir di Manjung pulih selepas PPS Dewan Orang Ramai Kampung Batu 4 ditutup setelah lima mangsa terakhir di situ pulang ke rumah masing-masing pada 5.30 petang.

Perkembangan itu menjadikan jumlah mangsa malam ini berkurangan kepada 116 orang dengan 82 orang daripada 28 keluarga berada di dua PPS di Kinta manakala 34 orang daripada 11 keluarga menghuni sebuah PPS di Perak Tengah.

Situasi banjir di MELAKA juga hampir pulih, apabila hanya 11 mangsa masih berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat, Jasin malam ini, berkurangan daripada 17 mangsa yang direkodkan petang tadi, selepas PPS SK Parit Penghulu, juga di Jasin ditutup lewat petang tadi.

Di KEDAH, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata jumlah mangsa banjir ialah 254 orang daripada 64 keluarga berbanding 255 orang daripada 65 keluarga petang tadi dengan kesemua mereka ditempatkan di PPS SK Sri Gunung, Kota Setar.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Striding AI Announces Plans to Develop Next-Generation Robotic Foundation Systems for Physical AI Deployment

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Striding AI today announced that it is developing a new generation of robotic foundation systems designed to accelerate the deployment of Physical AI in real-world environments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings