the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MARDI sasar kurangkan import bawang merah 30% menjelang 2030

BACHOK: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menyasarkan pengurangan kebergantungan negara terhadap import bawang merah sehingga 30 peratus menjelang 2030 melalui pelaksanaan program pengeluaran benih tempatan secara berstruktur.

Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata sasaran itu sejajar dengan usaha memperkukuh sekuriti makanan negara kerana Malaysia kini mengimport hampir 100 peratus keperluan bawang merah dengan nilai melebihi RM2.6 bilion setahun.

Beliau berkata projek perintis penanaman di Bachok menunjukkan hasil positif apabila usahawan pertama di negeri berkenaan Mohd Fauzi Abu Bakar, 43, berjaya mengusahakan lebih 10,000 polibeg selepas dibimbing MARDI sejak 2023.

“Beliau bermula dengan hanya 20 kilogram benih di beberapa batas dan kini berkembang kepada 10,000 polibeg di kawasan seluas 0.324 hektar dengan hasil mencecah lima tan metrik setiap musim.”

Melalui sistem tanam semula, sebiji bawang merah mampu menghasilkan tiga ulas baharu, sekali gus membolehkan petani meluaskan kawasan tanaman dari musim ke musim.

Mohamad Zabawi berkata penanaman bawang merah dijalankan secara berperingkat di kawasan baharu di Beris Lalang sejak Ogos lepas dengan anggaran hasil tuaian 5,000 kilogram pada Oktober ini.

“Penanaman ini akan dikembangkan kepada 30,000 polibeg menjelang 2026 dengan jangkaan hasil 15,000 kilogram semusim.”

Projek di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Telong, Bachok turut berjaya menghasilkan 2,400 kilogram benih setiap musim.

Secara keseluruhan, pengeluaran benih negara dijangka mencecah 50,000 kilogram pada 2026 melalui dua musim penanaman.

MARDI mengenal pasti beberapa negeri lain yang berpotensi membangunkan tanaman bawang merah, antaranya Perak, Selangor dan Sabah, dengan hasil diunjurkan antara lapan hingga sembilan tan metrik sehektar.

“Pasaran tempatan sangat luas kerana bekalan masih tidak mencukupi.”

Harga jualan antara RM7 hingga RM10 sekilogram memberikan pulangan baik kepada petani, malah berpotensi dikembangkan kepada produk hiliran seperti bawang merah goreng pada masa depan.

Pengusaha bawang merah di Kelantan Mohd Fauzi berkata penanaman yang dimulakan sejak awal 2023 kini membuahkan hasil apabila tanaman percubaan empat batas berkembang menjadi ribuan polibeg.

“Minat menanam bawang merah timbul selepas menerima tawaran dan bimbingan daripada MARDI yang menyediakan panduan teknikal serta sokongan melalui projek percubaan.”

“Pada mulanya saya menanam bawang merah kerana ia lebih mudah dijaga berbanding sayur, malah mampu menghalau serangga daripada tanaman lain seperti cili.”

Selepas beberapa percubaan awal, beliau berjaya mengusahakan 500 polibeg dengan 20 kilogram benih dan memperoleh hasil 115 kilogram bawang merah kering.

Penanaman bawang merah sesuai untuk musim panas, manakala pada musim tengkujuh beliau beralih kepada tanaman alternatif seperti sawi dan bayam.

“Setakat ini, permintaan bawang merah segar di Kelantan amat menggalakkan sehingga saya tidak mampu memenuhi tempahan pasar raya.”

Jualan kini hanya tertumpu di sekitar kampung dengan harga antara RM6 hingga RM7 sekilogram, manakala bawang berkualiti premium boleh mencecah RM10. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings