Wednesday, November 12, 2025
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MCMC hormati keputusan mahkamah berhubung kes Telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil maklum dan menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai permohonan injunksi sementara dalam kes sivil melibatkan aplikasi Telegram.

Mahkamah telah mengeluarkan perintah injunksi larangan sementara yang melarang defendan termasuk pentadbir akaun Edisi Siasat, Edisi Khas dan pihak Telegram daripada menerbitkan, menyebarkan atau mengulang siar kandungan yang dipertikaikan.

Keputusan ini selaras dengan peranan MCMC di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk melindungi kepentingan pengguna dan memastikan platform digital tidak disalahgunakan.

MCMC akan terus memantau pematuhan terhadap perintah berkenaan manakala isu-isu lain yang terkandung dalam tindakan undang-undang akan diputuskan pada perbicaraan penuh kelak.

Suruhanjaya kekal komited memastikan ruang digital di Malaysia lebih selamat agar rakyat tidak terdedah kepada penipuan, kandungan berbahaya dan ancaman penyalahgunaan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

HKSTP Debuts at SWITCH 2025 Singapore with Hong Kong Startups Shining at Prestigious SLINGSHOT Pitch Event

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 11 November 2025– Hong Kong Science and Technology Parks Corporation (HKSTP) showcased a delegation of 10 standout startups from AI, Urban & Environment and Health & Wellness for its first-ever HKSTP pavilion at Singapore Week of Innovation and Technology (SWITCH) 2025, held on 29-31 October.
spot_img

Popular Categories