the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MCMC proaktif tangani masalah liputan telekomunikasi di kawasan banjir

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan proaktif bagi menangani masalah liputan telekomunikasi di kawasan banjir.

MCMC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa antara langkah yang dilaksanakan ialah penyelarasan kerja-kerja baik pulih infrastruktur komunikasi, bagi memastikan penduduk dapat terus berhubung semasa bencana.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa bagi memastikan liputan Internet di pusat pemindahan sementara (PPS) berada pada tahap terbaik, mereka melaksanakan sesi ujian liputan bagi mengenal pasti lokasi yang bermasalah dan mengambil tindakan susulan.

Selain itu, MCMC turut menyelaras informasi dengan jawatankuasa bencana daerah serta negeri mengenai kawasan yang berisiko tinggi dilanda banjir, bagi memastikan keselamatan pihak penyedia perkhidmatan semasa mereka melaksanakan penyelenggaraan.

MCMC memaklumkan maklumat amaran awal banjir turut disalurkan kepada pengguna dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara dan pengendali rangkaian mudah alih (MNO), melalui pelbagai cara seperti khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi membantu orang ramai mengemas kini maklumat banjir di seluruh negara.

Dalam pada itu, Suruhanjaya tersebut menyarankan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang tidak terjejas dengan banjir digunakan untuk mengakses Internet.

Menurut kenyataan itu sebanyak 124 stesen pemancar dan 47 NADI masih terjejas susulan banjir yang sedang melanda tujuh negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan setakat 10 pagi tadi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings