the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Menteri Luar Malaysia mula misi kemanusiaan ke Myanmar hari ini

SUBANG: Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini memulakan lawatan ke Myanmar selama sehari bagi melaksanakan misi kemanusiaan susulan gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu pada 28 Mac lepas.

Pesawat yang membawa Mohamad serta delegasi berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, kira-kira 8 pagi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Naypyidaw, Myanmar pada 9.30 pagi waktu tempatan.

Misi kemanusiaan itu diketuai bersama Menteri Luar Thailand Maris Sangiampongsa sekali gus memperkukuh semangat kerjasama rapat ASEAN dalam tindak balas kemanusiaan dan ia merupakan manifestasi solidariti serantau serta sokongan kepada rakyat Myanmar.

Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN dan Thailand mengetuai usaha berkenaan seperti dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Tergempar Menteri-Menteri Luar ASEAN yang dipengerusikan Mohamad menerusi sidang video, pada Ahad lepas bagi membincangkan langkah susulan bencana yang menjejaskan Myanmar dan Thailand.

Kementerian Luar dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, semasa berada di Nay Pyi Taw, Mohamad dan Maris dijadual mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara (SAC) Jeneral Kanan Min Aung Hlaing serta Menteri Luar Myanmar U Than Shwe.

Dalam masa sama, kedua-dua Menteri Luar berkenaan akan menerima taklimat daripada Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan bagi Pengurusan Bencana ASEAN (AHA Centre) mengenai operasi bantuan dan kemanusiaan yang sedang dilaksanakan.

Selain itu, Mohamad juga akan mengetengahkan usaha tindak balas bencana yang dikoordinasikan ASEAN serta sumbangan Malaysia setakat ini, termasuk penugasan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan penghantaran bantuan kemanusiaan.

Bersempena dengan lawatan itu, kumpulan kedua bantuan kemanusiaan Malaysia seberat 15 tan akan tiba di Nay Pyi Taw dan bantuan berkenaan akan diselaraskan melalui AHA Centre dan dihantar menggunakan pesawat A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai usaha kolektif bantuan ASEAN.

Pada 30 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Malaysia menyalurkan bantuan kemanusiaan RM10 juta sebagai permulaan kepada Myanmar yang terkesan akibat tragedi bencana alam itu.

Pada hari yang sama, Malaysia juga telah menghantar dua pesawat A400M milik TUDM yang membawa anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang turut disertai pasukan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ke Myanmar, bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Selain Malaysia, lebih banyak bantuan mula tiba menjelang 1 April daripada negara-negara anggota ASEAN lain antaranya Singapura dan Indonesia dengan pasukan SAR tambahan dihantar bagi membantu operasi menyelamat dan bantuan kemanusiaan.

Pada 28 Mac lepas, gempa bumi berukuran 7.7 magnitud melanda Myanmar dengan Mandalay, Bago, Magway, timur laut negeri Shan, Sagaing dan Naypyidaw antara kawasan yang paling teruk terjejas selain turut menjejaskan negara jiran Thailand.

Setakat Jumaat, kematian akibat gempa bumi di Myanmar meningkat kepada 3,145 orang, dengan 4,589 cedera dan 221 lagi dilaporkan hilang.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings