the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
33.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mesyuarat NACCOL bincang cadangan pengecualian kenaikan SST bil air, elektrik

KUALA LUMPUR: Cadangan pengecualian kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas bil air dan elektrik akan diteliti dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 20 Mac ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata perkara yang berkaitan kenaikan SST dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan.

“Perkara berkaitan kenaikan SST memang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri kira-kira dua minggu lepas…ada satu kertas khusus untuk kita melihat kesan dan impaknya.

“…dan insya-Allah perkara dibangkitkan Yang Berhormat Ayer Hitam kami akan bawa untuk dikaji dan bawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) untuk pertimbangan selanjutnya,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan berhubung cadangan yang dibangkitkan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) supaya bil air dan elektrik dikecualikan daripada kenaikan SST, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Armizan berkata melalui NACCOL juga, kerajaan memastikan setiap penggubalan dasar dan program yang dilaksanakan melalui kementerian dan agensi akan memberikan pertimbangan terhadap elemen kos sara hidup.

Selain penggubalan dasar dan program utama merentasi pelbagai kementerian, strategi dan pendekatan intervensi dan mitigasi juga dilaksanakan dalam menangani pelbagai isu berkaitan kos sara hidup termasuk menggalakkan penglibatan pelbagai pemegang taruh, katanya.

Beliau berkata kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM58.1 bilion dalam Belanjawan 2024 untuk subsidi, insentif dan bantuan dalam menangani pelbagai isu dan kesan berkaitan kos sara hidup rakyat.

Inisiatif yang dilaksanakan melalui peruntukan tersebut tidak termasuk yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak lain seperti badan korporat melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan badan bukan kerajaan serta kerajaan negeri, katanya.

Antara inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan adalah seperti Program Jualan Rahmah MADANI dan Jualan Agro MADANI, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Inisiatif FlySiswa dan Skim Harga Diskaun Tiket Musim Perayaan, Program MyLesen (B2, PSV, E DAN GDL), Pas Bulanan Tanpa Had My50 dan Skim Perubatan MADANI.

“Senarai inisiatif keseluruhan akan dipaparkan melalui Portal IHSAN MADANI yang akan dilancarkan pada 20 Mac 2024,” katanya menjawab soalan asal Dr Richard Rapu (GPS-Betong) yang ingin tahu sejauh mana inisiatif NACCOL berjaya mencapai objektif menangani kos sara hidup rakyat serta jenis inisiatif tersebut.

Sementara itu, menjawab soalan Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) mengenai peranan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dalam NACCOL, Armizan berkata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu adalah Ketua Task Force Pemantauan Kepada Kluster Makanan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong hosts Lions International Convention for the third time

The Hong Kong Tourism Board is proud to support the 108th Lions International Convention 2026 in Hong Kong. Having previously hosted the convention in 1992 and 2005, Hong Kong has once again been chosen by Lions Clubs International as the venue for its flagship event, attracting around 17,000 delegates from across the globe.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings