the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

NACSA muktamadkan strategi keselamatan siber Malaysia 2025-2030

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) sedang memuktamadkan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) 2025–2030 sebagai kesinambungan kepada MCSS 2020–2024, menurut Kementerian Digital.

Strategi ini melibatkan tiga pihak berkepentingan utama iaitu kerajaan, sektor perniagaan, dan komuniti. “Ia turut mengambil kira aspek teknologi memuncul seperti kecerdasan buatan (AI) serta semua bentuk ancaman keselamatan siber yang berkaitan, bagi memastikan perlindungan menyeluruh terhadap ekosistem digital negara,“ kata kementerian itu.

Maklumat ini diberikan sebagai jawapan bertulis kepada soalan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (BN-Sembrong) mengenai ketelusan latihan data model AI DeepSeek dan penggunaan cip Huawei dari segi keselamatan dan kedaulatan digital negara.

Sebagai langkah proaktif, Kementerian Digital turut menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan AI untuk meneliti aspek teknikal dan memastikan pematuhan standard keselamatan serta etika. “Jawatankuasa ini akan dianggotai pakar pelbagai bidang dari sektor awam dan swasta bagi memperkukuh tadbir urus serta memastikan pembangunan dan penggunaan AI di Malaysia kekal selamat,“ jelas kementerian.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Digital turut memaklumkan bahawa Digital Nasional Berhad (DNB) telah mencapai 82.4 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk dengan 7,489 tapak 5G setakat 30 Jun 2025. Kadar penembusan 5G negara pula mencecah 80.4 peratus dengan kira-kira 27.4 juta pelanggan aktif sehingga Mei 2025. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img