the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nahas KM204: Anak mangsa jalani pembedahan hari ini

MELAKA: Anak pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terselamat dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, dijadualkan menjalani pembedahan di Hospital Melaka petang ini.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata pembedahan itu melibatkan bahagian paha sebelah kanan dan setakat ini mangsa masih di pantau di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Sementara adik perempuannya Nur Sofea Humaira, 4, selamat menjalani pembedahan di bahagian paha kiri pada pagi tadi dan kini dalam keadaan stabil.

“Pemandu treler Mohamad Shafiq Mohd Zuki, 27, yang masih dalam pemantauan di ICU turut dijadualkan menjalani pembedahan hari ini jika keadaannya stabil,“ katanya kepada pemberita selepas menziarahi mangsa di sini hari ini.

Ngwe berkata empat penumpang bas persiaran yang juga warga Singapura telah pun dibenarkan keluar dari Hospital Melaka dengan seorang daripadanya sedang menunggu perkhidmatan ambulans untuk dibawa pulang ke negara asal bagi meneruskan rawatan.

“Sementara itu, jenazah Lamrah Asid Ali, 66, setakat ini masih belum dituntut memandangkan waris masih dalam perjalanan … proses berkenaan dijangka dilakukan hari ini,“ katanya.

Ngwe berkata 10 mangsa yang dirawat di Hospital Alor Gajah dan empat di Hospital Pantai sudah dibenarkan pulang.

Dalam kejadian pada malam Isnin lepas, tujuh maut manakala 33 cedera dalam nahas membabitkan sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang, dua lori, sebuah kereta dan MPV di KM204 Lebuhraya PLUS arah utara.

Mereka yang maut ialah lima sekeluarga terdiri pemandu MPV Khairul Ikhwan Mazupi, 32, bersama penumpang Fadzlenna Ramli, 32; Ramli Ab Wahab, 66, Fauziah Jaafar, 69, dan Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2.

Dua lagi yang turut terkorban ialah pemandu bas persiaran Noorisnien Khamid, 56, dan penumpang warga Singapura yang juga pemandu pelancong Lamrah Asid Ali, 66.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Security is the new market access: Kigen is leading the IoT security mandate

Kigen says cybersecurity is becoming a prerequisite for market access, highlighting how the EU Cyber Resilience Act and secure eSIM technology are reshaping IoT manufacturing through compliance, resilient connectivity, and long-term trust.

YF Life clinches Hong Kong Economic Journal’s “Outstanding Application of Diversified Investment Strategies” award...

YF Life has won the Hong Kong Economic Journal's "Outstanding Application of Diversified Investment Strategies" Award for the second consecutive year, recognising its "Invesurance" approach, diversified asset allocation strategy, and commitment to delivering sustainable long-term value and financial strength for clients.

Nexus Aesthetic Clinic to host pro bono aesthetic literacy talk for women in Singapore

Nexus Aesthetic Clinic will host a free public education talk to help women make informed decisions about medical aesthetic treatments, focusing on consultation-first assessments, patient suitability, treatment risks, and the importance of achieving natural-looking outcomes through responsible medical judgement.

Singapore Institute of Management: Student life and campus communities becoming a key deciding factor...

Singapore Institute of Management is strengthening student engagement through nearly 80 clubs and co-curricular activities, reflecting growing demand for holistic education that combines academic excellence with wellbeing, leadership, social connections, and career-ready skills.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings