the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, October 10, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pantai timur Sabah selamat, terkawal – Shamsul Anuar

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Situasi keselamatan di kawasan pantai timur Sabah adalah selamat dan terkawal, walaupun terdapat 14 negara yang masih belum menarik balik nota nasihat perjalanan yang melarang rakyat mereka daripada melancong ke kawasan tersebut, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menjelaskan bahawa Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) sentiasa komited dan bersiap siaga untuk mempertahankan kedaulatan, menjamin keselamatan, serta memelihara ketenteraman awam di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

“Untuk memastikan bahawa nasihat perjalanan ke pantai timur Sabah adalah selamat, beliau berkata antara pendekatan yang diambil termasuk menjenamakan semula terma Perintah Berkurung di kawasan perairan daerah di ESS Zone kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ESS Zone Sabah, yang berkuat kuasa mulai 18 Okt lepas.

“Program libat urus dan tinjauan keselamatan secara berkelompok atau sehala dengan perwakilan asing, kedutaan, dan pesuruhjaya tinggi di Malaysia di lokasi-lokasi tertentu telah dilaksanakan untuk memberikan gambaran yang tepat mengenai keadaan keselamatan di ESS Zone,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Madius Tangau (PH-Tuaran) mengenai langkah-langkah yang diambil untuk memastikan tiada lagi nota nasihat perjalanan ke pantai timur Sabah serta perbelanjaan ESSCOM sejak penubuhannya hingga kini.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata ESSCOM telah menerima peruntukan sebanyak RM268 juta untuk pengurusan dan RM523 juta untuk pembangunan dari tahun 2013 hingga 2024.

“Sehingga September 2024, sebanyak RM243 juta daripada peruntukan pengurusan dan RM409 juta daripada peruntukan pembangunan telah dibelanjakan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Madius yang ingin tahu mengenai kemungkinan kehilangan sumber tenaga elektrik yang boleh menyebabkan kegelapan sebagai ancaman kepada pengoperasian ESSCOM dan kawasan ESS Zone, beliau menjelaskan bahawa pasukan keselamatan itu tidak terjejas kerana perolehan bahan api dilakukan secara pukal untuk tujuan operasi.

Beliau berkata Untuk mengurangkan kebergantungan kepada bahan api, ESSCOM merancang untuk meningkatkan penggunaan peralatan berteknologi tinggi seperti dron dan unmanned aerial vehicle (UAV) dalam tugasan operasi dan rondaan di kawasan laut terbuka serta lokasi-lokasi tertentu yang strategik.

“Selain itu, pendekatan pencegahan juga diambil dengan membantu Sabah Electricity Sdn Bhd untuk memotong sambungan elektrik haram di kawasan setinggan bagi memastikan kelancaran bekalan elektrik dan mengelakkan ketirisan sumber yang merugikan kerajaan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img